Apa khabar rakan blogger? Beberapa hari
tidak menulis membuatkan aku rindu pada blog tetapi terpaksa juga aku
tahan dan pendamkan kerana beberapa hal yang perlu didahulukan.
Harap-harap korang pengunjung dan pembaca tak rindukan aku.
Kali ini aku ambil peluang untuk menulis
beberapa rangkap pantun sebagai pelepas rindu aku dan rindu pada
pantun. He he he …
bawang dan cabai melimpah raga
blogger terkenal menjadi selebriti
peminatnya ramai seantero dunia
pedasnya sambal cabainya merah
berulam bercicah si jantung pisang
menjadi terkenal bukannya mudah
segala langkah diperhatikan orang
hangatnya berapi menu hidangan
muka berpeluh senyuman berseri
sementara diri menjadi perhatian
tunjukkan contoh teladan terpuji
Tidak ada komentar:
Posting Komentar